Selamat Datang ke Blogspot Geografi Tingkatan 1

Ogos 08, 2009

Objectif Faktor yang Mempengaruhi PelbagaiJenis Tumbuhanan Semula Jadi

Di akhir unit ini, anda akan dapat....
  • Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semula jadi di Malaysia
  • Menghubungkaitkan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia dengan bentuk muka bumi, iklim, tanih dan saliran.
  • Menyatakan jenis dan menjelaskan ciri tumbuhan-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan gurun panas (Sahara), tundra (Siberia), Mediterranean (Turki), dan monson tropika (Thailand)
  • Membezakan ciri tumbuhan-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Malaysia dengan negara-negara lain.
  • Menganalisa faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia secara grafik.
Pengenalan

Negara kita sangat bertuah kerana mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang unik dan istimewa. Jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita termasuklah hutan hujan tropika, hutan gunung, hutan paya (air tawar dan air masin), dan hutan pantai (Lihat peta taburan hutan di bawah). Setiap jenis tumbuhan ini tumbuh di kawasan yang berlainan. Tahukah anda kenapakah keadaan ini terjadi?.
Taburan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia adalah bergantung kepada empat faktor utama, iaitu bentuk muka bumi, iklim, jenis tanih, dan saliran.



Ogos 07, 2009

Rumusan


Jenis Dan Taburan Tumbuhan Semula Jadi Di Malaysia

Hutan Hujan Tropika

Hutan Paya Air Masin

Hutan Paya Air Tawar

Hutan Pantai

Hutan Gunung

Hutan Gunung


Ciri-ciri Utama
  • Hutan gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1 200 meter dari aras laut
  • Tumbuh dengan subur di kawasan tanah laterit.
  • Pokok-pokok semakin jarang apabila tanah semakin tinggi

Jenis Tumbuhan (Flora)

Jenis Tumbuhan di hutan gunung berbeza mengikut ketinggian :

  • Ketinggian 1 200 - 1 800 meter (Terdapat hutan montane bawah atau dikenali juga hutan daun luruh (oak dan laurel), tumbuhan epifit (orkid, paku langsuyar)
  • Ketinggian 1 800 - 2 900 meter (Terdapat hutan montane atas atau dikenali juga hutan poko tirus (pain, sprus, gelam gunung), epifit (liken, lumut), Rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron)
  • Ketinggian 2 900 - 3 500 meter (Tumbuhan hampir alpain iaitu pokok kerdil dan rumput, pokok renek konifer, rumput jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera)) Ketinggian melebihi 3 500 meter (pokok renek, paku-pakis, lumut)


Jenis Hidupan (Fauna)

Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juga mengikut ketinggian:
  • Di hutan montane bawah : Terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan serangga).
  • Di hutan montane atas : Terdapat beruang, ferretbadger, tikus, burung dan serangga)
Kawasan
  • Gunung Kinabalu (Sabah)
  • Banjaran Crocker
  • Banjaran Titiwangsa
  • Pergunungan Iran
  • Banjaran Tama Abu
  • Banjaran Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron (Pahang) Gunung Jerai (Kedah)

Ogos 06, 2009

Hutan Pantai


Ciri-ciri Utama

  • Tumbuh di kawasan pinggir laut yang rendah, berpasir, bersaliran baik dan terdedah kepada tiupan angin dari laut.

Jenis Tumbuhan

Pokok-pokok yang biasanya tumbuh di kawasan ini ialah pokok ru, pokok kelapa, mengkuang laut, pokok renek, tapak kuda, rumput lari-lari, ketapang, kelat jambu air, bebaru, jemerlang laut, bintangor laut dan semak-samun.


Kawasan


Hutan pantai terdapat di kawasan berpasir seperti di:

  • Pantai Cahaya Bulan (Kelantan),
  • Pantai Tanjung Rhu (Pulau Langkawi)
  • Pantai Desaru (Johor)
  • Pantai Batu Feringgi (Pulau Pinang)
  • Pantai Pulau Talang-talang (Sarawak)
  • Pantai Pulau Sipadan (Saba
Kepentingan hutan pantai
  • Kayu daripada pokok ru biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api.
  • Daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul.
  • Kawasan rekreasi dan pelancongan

Ogos 05, 2009

Hutan Paya Air Tawar















Ciri-ciri Utama

  • Terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut dan bertakung air
  • Pokok yang tumbuh biasanya tinggi
Jenis Tumbuhan
  • Pokok palma, gelam, nipah, kempas, keladi air, mengkuang.

  • Terdapat kawasan paya yang ditebus guna menjadi kawasan pertanian seperti:
    - Tanaman padi (Dataran Kedah dan Delta Kelantan)
    - Tanaman nenas (Barat Johor) dan
    Tanaman kelapa sawit dan padi ( Barat daya Johor)

Kawasan

  • Sekitar Dataran Johor (Johor)
  • Sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)
  • Kawasan Delta Rajang (Sarawak) Kawasan Sabak Bernam (Selangor)

Keluasan

  • Hutan ini meliputi 8% daripada kawasan hutan negara kita

Hidupan Air

  • Ikan, udang galah, ular, biawak, katak

Hutan Paya Air Masin




















Ciri-ciri Utama
  • Terdapat di kawasan pinggir pantai laut yang berlumpur ,terlindung daripada pukulan ombak dan sering mengalami air pasang dan surut.
  • Mempunyai akar didalam lumpur untuk membantu proses pernafasan dan menyokong pokok daripada tumbang.

Jenis Tumbuhan

  • Pokok Bakau, Gedabu, Perepat, Api-api, Berus atau Tumu, Berembang

Kawasan

  • Sekitar muara Sungai Perak Dan Sungai Bernam
  • Kawasan Pinggir laut Johor, Pahang dan Melaka
  • Sekitar muara Sungai Rajang dan Sungai Baram (Sarawak)
  • Kawasan pinggir laut pantai barat Sarawak. Kawasan pantai timur Sabah

Keluasan

  • Hutan bakau meliputi 95% kawasan pinggir laut pantai barat Semenanjung

Hidupan Air

  • Ikan, ketam, kerang, udang, sotong. lokan dan siput