Selamat Datang ke Blogspot Geografi Tingkatan 1

Ogos 13, 2009

Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar Di Negara-negara Lain

Di Kawasan Gurun Panas (Sahara)


Di Kawasan Tundra (Siberia)


Di Kawasan Mediterranean (Turki)


Di Kawasan Monsun Tropika (Thailand)

Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar Di Kawasan Monsun Tropika (Thailand)

Kenali Iklim Monson Tropika
  • Kawasan yang mengalami iklim monsun tropika terletak di antara garis lintang dengan .
  • Ini meliputi negara India, Pakistan, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Laos, Kemboja, Indonesia dan Thailand.
  • Mempunyai musim kering dan lembap yang nyata.
  • Min suhunya antara .
  • Jumlah hujan tahunannya adalah 1 000 - 2 000 mm setahun.




Ciri-ciri Utama Hutan Monsun Tropika

  • Pokok-pokok tumbuh tidak begitu padat dan daun yang tidak bercantum membolehkan cahaya matahari sampai ke permukaan bumi.
  • Tidak mempunyai lapisan pokok yang nyata.
  • Ketinggian pokok besar adalah antara 10m -25m.
  • Pokok-pokok mengugurkan daun pada musim kering (Nov-Mac).
  • Lantai hutan (permukaan bumi) ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan yang padat seperti paku-pakis, semak-samun, poko herba, buluh dan tumbuhan menjalar.
  • Pokok kayu keras seperti jati, penaga, pyinkado, cendana, sal, inkayin, pedauk yang, mahagoni dan jelutung.




Terdapat kira-kira 200 spesies haiwan, 800 spesies burung, 100 spesies amfibia dan lebih 150 spesies reptilia di hutan monsun tropika. Antaranya ialah cerpelai, anjing liar, badak sumbu, harimau, burung nuri dan burung murai

Ogos 12, 2009

Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar Di Kawasan Mediterranean (Turki)

Kenali Kawasan Mediterranean

  • Dikenali juga dengan nama kawasan iklim panas sederhana kelautan pantai barat.
  • Terletak di pantai barat benua antara garis lintang hingga .
  • Meliputi negara-negara di sekitar pantai Laut Mediterranean, Chile Tengah, Cape Town, California Tengah, serta barat daya dan tenggara Australia.


Kenali Turki (Lihat peta di bawah)


  • Turki, sebuah negara di pantai Laut Mediterranean yang mengalami iklim jenis Mediterranean.
    Musim panas, kering dan singkat dengan suhu antara
  • Musim sejuknya pula adalah sederhana sejuk, panjang dan lembap dengan suhu antara .
  • Jumlah hujan tahunannya ialah antara 400 - 800 mm.
  • Kebanyakkan hujan turun pada musim sejuk dan dibawa oleh angin Baratan.


Jadual: Taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan Mediterranean di pinggir pantai Turki

Ogos 10, 2009

Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar Di Kawasan Tundra (Siberia)



Kenali Kawasan Tundra

  • Kawasan tanah pamah di Kutub Utara dan Kutub Selatan
  • Meliputi kawasan Pantai Utara Siberia, Artik, Greenland, Iceland, dan Alaska di hemisfera utara serta Antartika di henisfera selatan.
  • Kaum yang tinggal ialah Orang Eskimo, Lapp, dan Samoyed.




Kenali Pantai Utara Siberia

  • Merupakan kawasan tundra yang paling luas.
  • Terletak di utara Rusia, berhampiran dengan Lautan Artik.
  • Mengalami iklim jenis tundra.
  • Amat sejuk dan berais hampir sepanjang tahun.
  • Musim panasnya sejuk dan singkat, dengan suhu kira-kira C.
  • Musim sejuknya sangat sejuk dan panjang dengan suhu di bawah takat beku, kira-kira -C.
  • Jumlah kerpasan kurang daripada 250 mm. Kebanyakannya turun dalam musim salji.

Tumbuhan Semula Jadi Di Tundra


  • Hanya tumbuh dan berbunga pada musim panas yang singkat kerana pada masa ini sebahagian daripada salji mula mencair dan mendedahkan sedikit tanih yang nipis.
  • Contoh tumbuhan semula jadi yang tumbuh di kawasan tundra ialah seperti lumut, liken, rusiga, kulampair, pokok renek seperti aspen, willow, birch , pokok daun tirus dan bantut seperti pokok larch, pain, fir, saprus dan rumput pendek.

Ciri-ciri Tumbuhan Semula Jadi Di Kawasan Tundra

  • Dapat menyesuaikan diri dalam keadaan iklim yang melampau.
  • Jangka hayat tumbuhan adalah pendek dan tumbuh pada musim panas sahaja.
  • Tumbuhan jenis renek dan tumbuh rapat antara satu sama lain untuk menahan tiupan angin yang kencang.
  • Mempunyai daun yang halus untuk mencegah perpeluhan yang berlebihan.
  • Menpunyai akar yang penden.




Kawasan Tundra kurang didiami hidupan liar. Antara beberapa jenis hidupan liar di kawasan ini termasuklah rusa salji, karibu, harimau siberia, burung hantu snowy, serigala artik, elk, muskoxen, wolverine,arnab artik, burung polar, tupai tanah, hamster, marmut, lynx dan walrus.
Hidupan seperti beruang kutub, harimau siberia, walrus, karibu, elk, muskoxen dan raindeer mempunyai lapisan lemak, kulit dan bulu yang tebal. Keadaan ini dapat memerangkap udara dan menghalang kehilangan haba dari badan.

Ogos 09, 2009

Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar Di Kawasan Gurun Panas (Sahara)



Kenali Gurun Sahara
  • Terletak di benua Afrika
  • Kawasan yang paling kering dan panas sepanjang tahun
  • Suhu pada waktu siang ialah C - C.
  • Suhu pada waktu malam pula ialah C
  • Hujan tahunan hanya 250mm
Tumbuhan Semula Jadi Di Gurun Sahara
  • Oleh kerana iklim yang melampau, kawasan gurun ini mempunyai sedikit tumbuhan yang tahan dengan keadaan kemarau yang berpanjangan.
  • Contoh tumbuhan yang tumbuh di kawasan gurun sahara ini ialah seperti semak samun berduri, samun Creosoe, rumput esparto, kaktus prickly pear, pokok kurma, lidah buaya, dan pokok-pokok akasia bantut

Ciri-ciri Tumbuhan Semula Jadi Di Kawasan Gurun Sahara

  • Mempunyai batang berongga dan berlendair untuk menyimpan air dalam jangka masa yang panjang.
  • Mempunyai akar yang panjang supaya mudah menyerap air di bawah tanah.
  • Daun yang keras, kecil, berbentuk jarum dan berduri untuk mengurangkan kadar kehilangan air melalui pepeluhan.
  • Bijih benih yang berkulit tebal, keras dan tahan kemarau memudahkan percambahan.
Gurun Sahara juga mempunyai pelbagai jenis hidupan liar seperi gazelle, oryx, anjing liar, unta, musang kit, musang fennec, tikus jerboa, kala jengking, biawak pasir dan ular. Hidupan liar di gurun terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan air yang sedikit. Contohnya, unta mempunyai bulu mata yang panjang dan lubang hidungnya dapat ditutup untuk menghindar pasir. Selain itu bulu unta juga boleh memerangkap lapisan udara untuk mengekalkan suhu badan.

Ogos 08, 2009

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi Di Malaysia


Objectif Faktor yang Mempengaruhi PelbagaiJenis Tumbuhanan Semula Jadi

Di akhir unit ini, anda akan dapat....
  • Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semula jadi di Malaysia
  • Menghubungkaitkan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia dengan bentuk muka bumi, iklim, tanih dan saliran.
  • Menyatakan jenis dan menjelaskan ciri tumbuhan-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan gurun panas (Sahara), tundra (Siberia), Mediterranean (Turki), dan monson tropika (Thailand)
  • Membezakan ciri tumbuhan-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Malaysia dengan negara-negara lain.
  • Menganalisa faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia secara grafik.
Pengenalan

Negara kita sangat bertuah kerana mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang unik dan istimewa. Jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita termasuklah hutan hujan tropika, hutan gunung, hutan paya (air tawar dan air masin), dan hutan pantai (Lihat peta taburan hutan di bawah). Setiap jenis tumbuhan ini tumbuh di kawasan yang berlainan. Tahukah anda kenapakah keadaan ini terjadi?.
Taburan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia adalah bergantung kepada empat faktor utama, iaitu bentuk muka bumi, iklim, jenis tanih, dan saliran.



Ogos 07, 2009

Rumusan


Jenis Dan Taburan Tumbuhan Semula Jadi Di Malaysia

Hutan Hujan Tropika

Hutan Paya Air Masin

Hutan Paya Air Tawar

Hutan Pantai

Hutan Gunung

Hutan Gunung


Ciri-ciri Utama
  • Hutan gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1 200 meter dari aras laut
  • Tumbuh dengan subur di kawasan tanah laterit.
  • Pokok-pokok semakin jarang apabila tanah semakin tinggi

Jenis Tumbuhan (Flora)

Jenis Tumbuhan di hutan gunung berbeza mengikut ketinggian :

  • Ketinggian 1 200 - 1 800 meter (Terdapat hutan montane bawah atau dikenali juga hutan daun luruh (oak dan laurel), tumbuhan epifit (orkid, paku langsuyar)
  • Ketinggian 1 800 - 2 900 meter (Terdapat hutan montane atas atau dikenali juga hutan poko tirus (pain, sprus, gelam gunung), epifit (liken, lumut), Rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron)
  • Ketinggian 2 900 - 3 500 meter (Tumbuhan hampir alpain iaitu pokok kerdil dan rumput, pokok renek konifer, rumput jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera)) Ketinggian melebihi 3 500 meter (pokok renek, paku-pakis, lumut)


Jenis Hidupan (Fauna)

Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juga mengikut ketinggian:
  • Di hutan montane bawah : Terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan serangga).
  • Di hutan montane atas : Terdapat beruang, ferretbadger, tikus, burung dan serangga)
Kawasan
  • Gunung Kinabalu (Sabah)
  • Banjaran Crocker
  • Banjaran Titiwangsa
  • Pergunungan Iran
  • Banjaran Tama Abu
  • Banjaran Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron (Pahang) Gunung Jerai (Kedah)

Ogos 06, 2009

Hutan Pantai


Ciri-ciri Utama

  • Tumbuh di kawasan pinggir laut yang rendah, berpasir, bersaliran baik dan terdedah kepada tiupan angin dari laut.

Jenis Tumbuhan

Pokok-pokok yang biasanya tumbuh di kawasan ini ialah pokok ru, pokok kelapa, mengkuang laut, pokok renek, tapak kuda, rumput lari-lari, ketapang, kelat jambu air, bebaru, jemerlang laut, bintangor laut dan semak-samun.


Kawasan


Hutan pantai terdapat di kawasan berpasir seperti di:

  • Pantai Cahaya Bulan (Kelantan),
  • Pantai Tanjung Rhu (Pulau Langkawi)
  • Pantai Desaru (Johor)
  • Pantai Batu Feringgi (Pulau Pinang)
  • Pantai Pulau Talang-talang (Sarawak)
  • Pantai Pulau Sipadan (Saba
Kepentingan hutan pantai
  • Kayu daripada pokok ru biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api.
  • Daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul.
  • Kawasan rekreasi dan pelancongan

Ogos 05, 2009

Hutan Paya Air Tawar















Ciri-ciri Utama

  • Terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut dan bertakung air
  • Pokok yang tumbuh biasanya tinggi
Jenis Tumbuhan
  • Pokok palma, gelam, nipah, kempas, keladi air, mengkuang.

  • Terdapat kawasan paya yang ditebus guna menjadi kawasan pertanian seperti:
    - Tanaman padi (Dataran Kedah dan Delta Kelantan)
    - Tanaman nenas (Barat Johor) dan
    Tanaman kelapa sawit dan padi ( Barat daya Johor)

Kawasan

  • Sekitar Dataran Johor (Johor)
  • Sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)
  • Kawasan Delta Rajang (Sarawak) Kawasan Sabak Bernam (Selangor)

Keluasan

  • Hutan ini meliputi 8% daripada kawasan hutan negara kita

Hidupan Air

  • Ikan, udang galah, ular, biawak, katak

Hutan Paya Air Masin




















Ciri-ciri Utama
  • Terdapat di kawasan pinggir pantai laut yang berlumpur ,terlindung daripada pukulan ombak dan sering mengalami air pasang dan surut.
  • Mempunyai akar didalam lumpur untuk membantu proses pernafasan dan menyokong pokok daripada tumbang.

Jenis Tumbuhan

  • Pokok Bakau, Gedabu, Perepat, Api-api, Berus atau Tumu, Berembang

Kawasan

  • Sekitar muara Sungai Perak Dan Sungai Bernam
  • Kawasan Pinggir laut Johor, Pahang dan Melaka
  • Sekitar muara Sungai Rajang dan Sungai Baram (Sarawak)
  • Kawasan pinggir laut pantai barat Sarawak. Kawasan pantai timur Sabah

Keluasan

  • Hutan bakau meliputi 95% kawasan pinggir laut pantai barat Semenanjung

Hidupan Air

  • Ikan, ketam, kerang, udang, sotong. lokan dan siput

Ogos 04, 2009

Hutan Hujan Tropika (Hutan Hujan Khatulistiwa)

Hutan hujan tropika adalah jenis hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung Malaysia, dan kira-kira 75 % di Sabah dan Sarawak. Hutan ini biasanya terdapat di kawasan yang tingginya tidak melebihi 1000 meter.















Ciri-ciri utama Hutan Khatulistiwa ialah :

  • Pokoknya tumbuh lurus, tegak dan berakar banir
  • Hutan malar hijau
  • Pokok-pokok tumbuh dengan rapat
  • Tumbuh-tumbuhan bawah jarang


Hutan Khatulistiwa biasanya tumbuh berlapis-lapis, iaitu:
























Kepentingan Hutan Hujan Tropika
  • Sumber kayu keras untuk kegiatan pembalakan seperti cengal, merbau, meranti, seraya dan keruing.
  • Sumber hasil hutan seperti damar, rotan dan herba.
  • Habitat dan perlindungan kepada hidupan liar dan pelbagai jenis tumbuhan.
  • Menggalakkan kegiatan pelancongan dan rekreasi seperti di Taman Negara Pahang, Lembah Belum dan lain-lain.
  • Kawasan tadahan hujan.
  • Menyejukkan dan menyamankan udara. Menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen

Ogos 03, 2009

Objektif Jenis dan Taburan Tumbuhan Semulajadi dan Hidupan Liar

Di akhir unit ini, anda akan dapat....
  • Menyenaraikan jenis dan taburan tumbuhan semula jadi di Malaysia
  • Memadankan taburan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di atas peta Malaysia
  • Menyenaraikan contoh hidupan liar di Malaysia
  • Mengenalpasti ciri-ciri tumbuhan semula jadi di Malaysia
  • Menghuraikan ciri-ciri tumbuhan semula jadi di Malaysia

  • Membandingkan dengan contoh rajah profil tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia

Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi Dan Hidupan Liar Di Negara Kita
















Kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung Malaysia masih diliputi hutan. Di Sabah dan Sarawak pula lebih kurang 85%. Hutan Malaysia kaya dengan pelbagai jenis spesis tumbuhan (flora) dan spesis hidupan liar (fauna).