Ogos 14, 2009
Ogos 13, 2009
Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar Di Kawasan Monsun Tropika (Thailand)
Kenali Iklim Monson Tropika
Terdapat kira-kira 200 spesies haiwan, 800 spesies burung, 100 spesies amfibia dan lebih 150 spesies reptilia di hutan monsun tropika. Antaranya ialah cerpelai, anjing liar, badak sumbu, harimau, burung nuri dan burung murai
- Kawasan yang mengalami iklim monsun tropika terletak di antara garis lintang dengan .
- Ini meliputi negara India, Pakistan, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Laos, Kemboja, Indonesia dan Thailand.
- Mempunyai musim kering dan lembap yang nyata.
- Min suhunya antara .
- Jumlah hujan tahunannya adalah 1 000 - 2 000 mm setahun.
Ciri-ciri Utama Hutan Monsun Tropika
- Pokok-pokok tumbuh tidak begitu padat dan daun yang tidak bercantum membolehkan cahaya matahari sampai ke permukaan bumi.
- Tidak mempunyai lapisan pokok yang nyata.
- Ketinggian pokok besar adalah antara 10m -25m.
- Pokok-pokok mengugurkan daun pada musim kering (Nov-Mac).
- Lantai hutan (permukaan bumi) ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan yang padat seperti paku-pakis, semak-samun, poko herba, buluh dan tumbuhan menjalar.
- Pokok kayu keras seperti jati, penaga, pyinkado, cendana, sal, inkayin, pedauk yang, mahagoni dan jelutung.
Terdapat kira-kira 200 spesies haiwan, 800 spesies burung, 100 spesies amfibia dan lebih 150 spesies reptilia di hutan monsun tropika. Antaranya ialah cerpelai, anjing liar, badak sumbu, harimau, burung nuri dan burung murai
Ogos 12, 2009
Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar Di Kawasan Mediterranean (Turki)
Kenali Kawasan Mediterranean
- Dikenali juga dengan nama kawasan iklim panas sederhana kelautan pantai barat.
- Terletak di pantai barat benua antara garis lintang hingga .
- Meliputi negara-negara di sekitar pantai Laut Mediterranean, Chile Tengah, Cape Town, California Tengah, serta barat daya dan tenggara Australia.
Kenali Turki (Lihat peta di bawah)
- Turki, sebuah negara di pantai Laut Mediterranean yang mengalami iklim jenis Mediterranean.
Musim panas, kering dan singkat dengan suhu antara - Musim sejuknya pula adalah sederhana sejuk, panjang dan lembap dengan suhu antara .
- Jumlah hujan tahunannya ialah antara 400 - 800 mm.
- Kebanyakkan hujan turun pada musim sejuk dan dibawa oleh angin Baratan.
Jadual: Taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan Mediterranean di pinggir pantai Turki
Ogos 10, 2009
Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar Di Kawasan Tundra (Siberia)
Kenali Kawasan Tundra
- Kawasan tanah pamah di Kutub Utara dan Kutub Selatan
- Meliputi kawasan Pantai Utara Siberia, Artik, Greenland, Iceland, dan Alaska di hemisfera utara serta Antartika di henisfera selatan.
- Kaum yang tinggal ialah Orang Eskimo, Lapp, dan Samoyed.
Kenali Pantai Utara Siberia
- Merupakan kawasan tundra yang paling luas.
- Terletak di utara Rusia, berhampiran dengan Lautan Artik.
- Mengalami iklim jenis tundra.
- Amat sejuk dan berais hampir sepanjang tahun.
- Musim panasnya sejuk dan singkat, dengan suhu kira-kira C.
- Musim sejuknya sangat sejuk dan panjang dengan suhu di bawah takat beku, kira-kira -C.
- Jumlah kerpasan kurang daripada 250 mm. Kebanyakannya turun dalam musim salji.
Tumbuhan Semula Jadi Di Tundra
- Hanya tumbuh dan berbunga pada musim panas yang singkat kerana pada masa ini sebahagian daripada salji mula mencair dan mendedahkan sedikit tanih yang nipis.
- Contoh tumbuhan semula jadi yang tumbuh di kawasan tundra ialah seperti lumut, liken, rusiga, kulampair, pokok renek seperti aspen, willow, birch , pokok daun tirus dan bantut seperti pokok larch, pain, fir, saprus dan rumput pendek.
Ciri-ciri Tumbuhan Semula Jadi Di Kawasan Tundra
- Dapat menyesuaikan diri dalam keadaan iklim yang melampau.
- Jangka hayat tumbuhan adalah pendek dan tumbuh pada musim panas sahaja.
- Tumbuhan jenis renek dan tumbuh rapat antara satu sama lain untuk menahan tiupan angin yang kencang.
- Mempunyai daun yang halus untuk mencegah perpeluhan yang berlebihan.
- Menpunyai akar yang penden.
Kawasan Tundra kurang didiami hidupan liar. Antara beberapa jenis hidupan liar di kawasan ini termasuklah rusa salji, karibu, harimau siberia, burung hantu snowy, serigala artik, elk, muskoxen, wolverine,arnab artik, burung polar, tupai tanah, hamster, marmut, lynx dan walrus.
Hidupan seperti beruang kutub, harimau siberia, walrus, karibu, elk, muskoxen dan raindeer mempunyai lapisan lemak, kulit dan bulu yang tebal. Keadaan ini dapat memerangkap udara dan menghalang kehilangan haba dari badan.
Ogos 09, 2009
Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar Di Kawasan Gurun Panas (Sahara)
Kenali Gurun Sahara
- Terletak di benua Afrika
- Kawasan yang paling kering dan panas sepanjang tahun
- Suhu pada waktu siang ialah C - C.
- Suhu pada waktu malam pula ialah C
- Hujan tahunan hanya 250mm
Tumbuhan Semula Jadi Di Gurun Sahara
- Oleh kerana iklim yang melampau, kawasan gurun ini mempunyai sedikit tumbuhan yang tahan dengan keadaan kemarau yang berpanjangan.
- Contoh tumbuhan yang tumbuh di kawasan gurun sahara ini ialah seperti semak samun berduri, samun Creosoe, rumput esparto, kaktus prickly pear, pokok kurma, lidah buaya, dan pokok-pokok akasia bantut
Ciri-ciri Tumbuhan Semula Jadi Di Kawasan Gurun Sahara
Gurun Sahara juga mempunyai pelbagai jenis hidupan liar seperi gazelle, oryx, anjing liar, unta, musang kit, musang fennec, tikus jerboa, kala jengking, biawak pasir dan ular. Hidupan liar di gurun terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan air yang sedikit. Contohnya, unta mempunyai bulu mata yang panjang dan lubang hidungnya dapat ditutup untuk menghindar pasir. Selain itu bulu unta juga boleh memerangkap lapisan udara untuk mengekalkan suhu badan.
Langgan:
Catatan (Atom)